Wednesday 4 June 2014

[VIDEO] Ngeri.. GAMBAR Rakyat Tempatan Yang Ditetak PATI Di Keningau

Satu status dan video di Facebook tentang kekejaman pendatang asing di Keningau, Sabah ketika melakukan jenayah kini tersebar.

Bersama status tersebut, turut disertakan contoh kes dan gambar mengerikan keadaan mangsa yang ditetak dengan teruk dalam satu kejadian gaduh pada 1 Jun lalu, jam 5.30 petang.

Mengikut laporan polis dibuat mangsa, dia cedera ditetak dengan parang di siku kiri hingga terpaksa menerima lima jahitan di Hospital Keningau.

Saudaranya bernama Analem Tony, 31, dan Manayon Raw Palanok, 39, turut mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan lelaki antara tujuh hingga lapan orang menggunakan senjata tajam termasuk parang, besi dan kayu.

Analem mengalami kecederaan di muka apabila terjatuh di jalan raya semasa melarikan diri manakala Manayon menerima sebelas jahitan di kepala sebelah kiri akibat ditetak dengan parang.

Bagaimanapun, siasatan mendapati insiden ini berpunca daripada masalah peribadi yang bermula di sebuah kedai karaoke selepas mangsa mengambil minuman keras .
Pengadu bersama saudaranya yang berada di kedai karaoke tersebut sejak jam 3 petang bersama empat wanita dipercayai menimbulkan perasaan tidak puas hati seorang suspek yang bertindak memukul saudara pengadu di luar kedai.

Apabila dimaklumkan hal ini, pengadu bersama Analem dan Manayom mengejar suspek yang melarikan diri hingga ke kawasan Pasar Umum. Di sana sudah terdapat antara tujuh hingga lapan lelaki menanti mereka lalu bermulalah insiden gaduh dan tetak menetak.

Jika dilihat, insiden ini bermula daripada pergaduhan peribadi yang tak boleh juga nak disalahkan PATI seratus peratus.

Bagaimanapun apa yang dapat disampaikan menerusi penyebaran status Facebook sebegini adalah, kebanyakan pendatang asing memiliki hati kering dan setakat menetak orang dengan parang adalah perangai biasa mereka apabila bergaduh. - MYNEWSHUB.MY

Gara-Gara Mandi Telanjang , Di Sambar Ipar Yang Sedang "BERPUASA"

Rogol adik ipar ketika isteri dalam pantang

“Yang Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di hospital melahirkan anak bongsu kami,” jawapan spontan tertuduh, Awang Ismail, 52, selepas mengaku bersalah merogol bekas adik iparnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Duda kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu.

Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan itu terbalas selepas hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas pengakuan bersalah tertuduh atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan itu direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada :Ogos 2009, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang telah melakukan persetubuhan dengan mangsa.

Manakala, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dituduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat sama pada September 2009.

Zainal Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 16 tahun penjara untuk pertuduhan kedua yang diarahkan berjalan secara berasingan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payong pada 27 Jun 2010 dengan mengatakan dirinya telah dirogol dan telah pun melahirkan seorang bayi perempuan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun.

Rentetan laporan polis dibuat, pada 7 Julai 2010, polis telah menjalankan siasatan terhadap tertuduh yang ketika itu masih berstatus abang ipar mangsa dan telah mengambil sampel darah mangsa bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Hasil ujian didapati, mangsa telah dirogol oleh tertuduh berdasarkan keputusan laporan kimia DNA yang diperoleh pihak polis setelah pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan antara DNA mangsa, anak mangsa dan tertuduh.

Bagaimanapun, selepas mengetahui dirinya diburu, tertuduh telah melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh anggota polis Balai Polis Jaya Gading, Pahang, pada 30 September lalu, kira-kira jam 1.40 pagi.

Dengan itu, tertuduh telah didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. -SH

Ulasan GB

Iktibar: Oleh itu wahai kaum Hawa, untuk mengelakkan dari dirogol jangan mandi open-air.

Ku berpesan kepada diriku dan semua: Didiklah diri dan anak-anak (terutama perempuan) supaya tidak mandi dalam keadaan bertelanjang.

Sudah menjadi trend orang sekarang mandi berbogel apatah lagi sekarang sudah ada bilik mandi serba lengkap, menyangkakan tiada yang melihat.

Ingatlah selain malaikat, Allah juga sentiasa Maha Melihat. Hadith Nabi saw:

قَالَ بَهْزٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ
النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الله أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ

Bahaz berkata dan menerima dari ayahnya,
dari neneknya dari Nabi s.a.w. sabdanya : "Allah itu lebih berhak untuk dimalu daripada seluruh manusia" Hadis sahih riwayat Bukhari.

sumber:greenboc

Tuesday 3 June 2014

Kejutan..Lepas urut, dia suruh hisap pula...

Gambar hiasan 

JASIN 21 Mei - Kelakuan sumbang seorang guru di sebuah pusat tahfiz al-Quran di daerah ini yang menyuruh seorang murid lelaki melakukan seks oral akhirnya terbongkar apabila perkara itu diadukan sehingga membawa kepada penahanan guru agama berkenaan Ahad lalu.

Lelaki berumur 20 tahun itu ditahan pihak polis selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri sejurus laporan mengenai kelakuan tidak bermoralnya dibuat oleh ibu mangsa.

Menurut sumber, guru berkenaan telah mengajak mangsa yang berumur 12 tahun masuk ke biliknya dengan alasan meminta bantuan untuk mengurut badannya pada awal bulan ini.

Jelas sumber itu, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian disuruh pula melakukan perbuatan sumbang itu selain turut dicium di bahagian mulut.

"Bimbang akan dimarahi jika menolak, mangsa kemudian menuruti sahaja permintaan suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mangsa yang bimbang kejadian sama akan berulang kemudian terus menghubungi ibunya melalui telefon memaklumkan bahawa dia mempunyai masalah namun tidak menyatakan masalah dihadapi pada awalnya.

"Setelah dipaksa, barulah murid itu memberitahu perkara sebenar dilakukan ustaz tersebut terhadapnya dan ibu mangsa kemudian mengambilnya dari pusat tahfiz berkenaan pada 16 Mei lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Merlimau," kata sumber itu.

Ujar sumber itu, menyedari ibu mangsa telah mengambil anaknya dari pusat tahfiz, suspek yang mengajar sejak Februari lalu kemudian mengambil cuti panjang untuk pulang ke kampungnya di Dungun, Terengganu.

"Namun apabila dia mengetahui polis sedang memburunya, dia kemudian menyerah diri ke IPK negeri dan ditahan untuk siasatan," tambah sumber itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, suspek yang ditahan sejak Ahad lalu akan direman sehingga hari ini dan siasatan terperinci masih dijalankan di bawah Seksyen 377E iaitu melakukan kelucahan melampau," katanya.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140522/je_07/Ustaz-paksa-murid-lakukan-seks-oral-dicekup-polis#ixzz32SGJuYbU

Saturday 24 May 2014

(Foto) Baju dedah belakang Siti Saleha yang gebu

Siti Saleha kini dilihat semakin popular setelah mengaku 'selera'nya hanya pada lelaki berbangsa Inggeris.

Gayannya pelakon jelita ini juga semakin hari dilihat semakin hot dengan pelbagai penampilan.

Beliau juga salah seorang pelakon yang sering menggunanakan Instagram untuk berkongsi perjalanan dan aktiviti sehariannya.

Terbaru, sekeping foto beliau di dalam Intagram telah mencetuskan sedikit perbalahan dalam kalangan peminatnya.

Gambar tersebut menampilkan beliau sedang menggayakan sepasang pakaian berwarna hijau yang amat cantik. Pakaian tersebut mempunyai potongan 'backless' hingga menampakkan bahagian tubuh beliau yang putih gebu itu.
Seperti biasa, peminat-peminatnya mula memberi komen dari pelbagai sudut namun tiada respon dari beliau setakat ini.

Pelakon wanita cium pengarah cemar kesucian Islam


TEHRAN: Pelakon wanita Iran, Leila Hatami menimbulkan kemarahan pihak berkuasa negaranya minggu lalu, selepas kemunculan gambar beliau sedang mencium pipi pengarah Pesta Filem Cannes, GIles Jacob.

Tindakan beliau dianggap mencemarkan “kesucian” Islam.

“Mereka yang menghadiri acara antarabangsa dikehendaki mematuhi kredibiliti dan kesucian warga Iran supaya imej buruk wanita negara ini tidak ditampilkan kepada dunia,” kata Timbalan Menteri Kebudayaan, Hossien Noushabadi yang dipetik penyiar kerajaan IRIB.

“Wanita Iran adalah simbol kesucian dan luhur. Kehadiran beliau pada pesta itu kurang sesuai dan bertentangan dengan kepercayaan kami,” katanya.

Dilahirkan dalam keluarga dengan latar belakang lakon layar, Hatami meraih populariti antarabangsa berikutan peranannya dalam filem Asghar Farhadi “Satu Perpisahan” yang memenangi Anugerah Akademi 2012 bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik.

Tahun ini beliau bertindak sebagai juri di pesta filem tahunan Cannes di selatan Perancis tetapi menetap di Iran.

Menurut tafsiran undang-undang Iran yang digunakan sejak revolusi 1979, seorang perempuan tidak dibenarkan mempunyai hubungan fizikal dengan lelaki di luar lingkungan keluarganya. - AGENSI

Video Pelajar Kolej Wanita Gatal!

Jika anda menonton Video ini, saya percaya anda akan meluat dan menyampah dengan tingkah laku mereka terutamanya remaja melayu harapan negara kita.

Friday 23 May 2014

'Saya buka tali coli, bukan tak pakai coli'

Ainul Aishah, kenal ke? Ainul Aishah pernah berlakon filem Histeria, Nana Tanjung dan Otai serta drama Bong. Ainul Aishah menggamparkan dunia hiburan dengan gosip dari wartawan hiburan bahawa Ainul Aishah tak pakai bra sewaktu menghadiri majlis pelancaran drama Spa Qistina.

Dalam majlis tersebut, Ainul Aishah memakai gaun satin merah jambu paras lutut yang memang agak seksi sesuai dengan imej beliau. Gosip timbul apabila gaun tersebut menunjukkan dengan jelas sesuatu yang boleh menyebabkan orang ramai mengatakan Ainul Aishah tidak pakai bra. Apa kata Ainul Aishah kepada media tentang ini?

“Gila tak pakai bra masa keluar, Itu baju saya sendiri. Baju itu menampakkan bahu, jadi saya buka tali bra. Disebabkan itulah bra tu semakin jatuh ke bawah. Saya pula asyik tarik bra saya ke atas, tapi saya tak tahulah pula nampak macam saya tak pakai ‘bra’. Lagipun, I don’t have boobs!”

“Dalam gambar mungkin nampak macam tak pakai. Baju tu longgar. Tak sangka akan nampak macam tu pula,”
Isu Ainul Aishah seksi tak pakai bra hanyalah salah faham semata-mata. Mungkin Ainul Aishah boleh mencuba sesuatu yang dipanggil strapless bra untuk pakaian dedah bahu sebegitu ataupon backless bra untuk pakaian dedah belakang. Elak kontroversi tingkat prestasi.