Wednesday 4 June 2014

[VIDEO] Ngeri.. GAMBAR Rakyat Tempatan Yang Ditetak PATI Di Keningau

Satu status dan video di Facebook tentang kekejaman pendatang asing di Keningau, Sabah ketika melakukan jenayah kini tersebar.

Bersama status tersebut, turut disertakan contoh kes dan gambar mengerikan keadaan mangsa yang ditetak dengan teruk dalam satu kejadian gaduh pada 1 Jun lalu, jam 5.30 petang.

Mengikut laporan polis dibuat mangsa, dia cedera ditetak dengan parang di siku kiri hingga terpaksa menerima lima jahitan di Hospital Keningau.

Saudaranya bernama Analem Tony, 31, dan Manayon Raw Palanok, 39, turut mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan lelaki antara tujuh hingga lapan orang menggunakan senjata tajam termasuk parang, besi dan kayu.

Analem mengalami kecederaan di muka apabila terjatuh di jalan raya semasa melarikan diri manakala Manayon menerima sebelas jahitan di kepala sebelah kiri akibat ditetak dengan parang.

Bagaimanapun, siasatan mendapati insiden ini berpunca daripada masalah peribadi yang bermula di sebuah kedai karaoke selepas mangsa mengambil minuman keras .
Pengadu bersama saudaranya yang berada di kedai karaoke tersebut sejak jam 3 petang bersama empat wanita dipercayai menimbulkan perasaan tidak puas hati seorang suspek yang bertindak memukul saudara pengadu di luar kedai.

Apabila dimaklumkan hal ini, pengadu bersama Analem dan Manayom mengejar suspek yang melarikan diri hingga ke kawasan Pasar Umum. Di sana sudah terdapat antara tujuh hingga lapan lelaki menanti mereka lalu bermulalah insiden gaduh dan tetak menetak.

Jika dilihat, insiden ini bermula daripada pergaduhan peribadi yang tak boleh juga nak disalahkan PATI seratus peratus.

Bagaimanapun apa yang dapat disampaikan menerusi penyebaran status Facebook sebegini adalah, kebanyakan pendatang asing memiliki hati kering dan setakat menetak orang dengan parang adalah perangai biasa mereka apabila bergaduh. - MYNEWSHUB.MY

Gara-Gara Mandi Telanjang , Di Sambar Ipar Yang Sedang "BERPUASA"

Rogol adik ipar ketika isteri dalam pantang

“Yang Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di hospital melahirkan anak bongsu kami,” jawapan spontan tertuduh, Awang Ismail, 52, selepas mengaku bersalah merogol bekas adik iparnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Duda kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu.

Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan itu terbalas selepas hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas pengakuan bersalah tertuduh atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan itu direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada :Ogos 2009, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang telah melakukan persetubuhan dengan mangsa.

Manakala, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dituduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat sama pada September 2009.

Zainal Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 16 tahun penjara untuk pertuduhan kedua yang diarahkan berjalan secara berasingan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payong pada 27 Jun 2010 dengan mengatakan dirinya telah dirogol dan telah pun melahirkan seorang bayi perempuan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun.

Rentetan laporan polis dibuat, pada 7 Julai 2010, polis telah menjalankan siasatan terhadap tertuduh yang ketika itu masih berstatus abang ipar mangsa dan telah mengambil sampel darah mangsa bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Hasil ujian didapati, mangsa telah dirogol oleh tertuduh berdasarkan keputusan laporan kimia DNA yang diperoleh pihak polis setelah pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan antara DNA mangsa, anak mangsa dan tertuduh.

Bagaimanapun, selepas mengetahui dirinya diburu, tertuduh telah melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh anggota polis Balai Polis Jaya Gading, Pahang, pada 30 September lalu, kira-kira jam 1.40 pagi.

Dengan itu, tertuduh telah didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. -SH

Ulasan GB

Iktibar: Oleh itu wahai kaum Hawa, untuk mengelakkan dari dirogol jangan mandi open-air.

Ku berpesan kepada diriku dan semua: Didiklah diri dan anak-anak (terutama perempuan) supaya tidak mandi dalam keadaan bertelanjang.

Sudah menjadi trend orang sekarang mandi berbogel apatah lagi sekarang sudah ada bilik mandi serba lengkap, menyangkakan tiada yang melihat.

Ingatlah selain malaikat, Allah juga sentiasa Maha Melihat. Hadith Nabi saw:

قَالَ بَهْزٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ
النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الله أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ

Bahaz berkata dan menerima dari ayahnya,
dari neneknya dari Nabi s.a.w. sabdanya : "Allah itu lebih berhak untuk dimalu daripada seluruh manusia" Hadis sahih riwayat Bukhari.

sumber:greenboc

Tuesday 3 June 2014

Kejutan..Lepas urut, dia suruh hisap pula...

Gambar hiasan 

JASIN 21 Mei - Kelakuan sumbang seorang guru di sebuah pusat tahfiz al-Quran di daerah ini yang menyuruh seorang murid lelaki melakukan seks oral akhirnya terbongkar apabila perkara itu diadukan sehingga membawa kepada penahanan guru agama berkenaan Ahad lalu.

Lelaki berumur 20 tahun itu ditahan pihak polis selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri sejurus laporan mengenai kelakuan tidak bermoralnya dibuat oleh ibu mangsa.

Menurut sumber, guru berkenaan telah mengajak mangsa yang berumur 12 tahun masuk ke biliknya dengan alasan meminta bantuan untuk mengurut badannya pada awal bulan ini.

Jelas sumber itu, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian disuruh pula melakukan perbuatan sumbang itu selain turut dicium di bahagian mulut.

"Bimbang akan dimarahi jika menolak, mangsa kemudian menuruti sahaja permintaan suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mangsa yang bimbang kejadian sama akan berulang kemudian terus menghubungi ibunya melalui telefon memaklumkan bahawa dia mempunyai masalah namun tidak menyatakan masalah dihadapi pada awalnya.

"Setelah dipaksa, barulah murid itu memberitahu perkara sebenar dilakukan ustaz tersebut terhadapnya dan ibu mangsa kemudian mengambilnya dari pusat tahfiz berkenaan pada 16 Mei lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Merlimau," kata sumber itu.

Ujar sumber itu, menyedari ibu mangsa telah mengambil anaknya dari pusat tahfiz, suspek yang mengajar sejak Februari lalu kemudian mengambil cuti panjang untuk pulang ke kampungnya di Dungun, Terengganu.

"Namun apabila dia mengetahui polis sedang memburunya, dia kemudian menyerah diri ke IPK negeri dan ditahan untuk siasatan," tambah sumber itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, suspek yang ditahan sejak Ahad lalu akan direman sehingga hari ini dan siasatan terperinci masih dijalankan di bawah Seksyen 377E iaitu melakukan kelucahan melampau," katanya.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140522/je_07/Ustaz-paksa-murid-lakukan-seks-oral-dicekup-polis#ixzz32SGJuYbU

Saturday 24 May 2014

(Foto) Baju dedah belakang Siti Saleha yang gebu

Siti Saleha kini dilihat semakin popular setelah mengaku 'selera'nya hanya pada lelaki berbangsa Inggeris.

Gayannya pelakon jelita ini juga semakin hari dilihat semakin hot dengan pelbagai penampilan.

Beliau juga salah seorang pelakon yang sering menggunanakan Instagram untuk berkongsi perjalanan dan aktiviti sehariannya.

Terbaru, sekeping foto beliau di dalam Intagram telah mencetuskan sedikit perbalahan dalam kalangan peminatnya.

Gambar tersebut menampilkan beliau sedang menggayakan sepasang pakaian berwarna hijau yang amat cantik. Pakaian tersebut mempunyai potongan 'backless' hingga menampakkan bahagian tubuh beliau yang putih gebu itu.
Seperti biasa, peminat-peminatnya mula memberi komen dari pelbagai sudut namun tiada respon dari beliau setakat ini.

Pelakon wanita cium pengarah cemar kesucian Islam


TEHRAN: Pelakon wanita Iran, Leila Hatami menimbulkan kemarahan pihak berkuasa negaranya minggu lalu, selepas kemunculan gambar beliau sedang mencium pipi pengarah Pesta Filem Cannes, GIles Jacob.

Tindakan beliau dianggap mencemarkan “kesucian” Islam.

“Mereka yang menghadiri acara antarabangsa dikehendaki mematuhi kredibiliti dan kesucian warga Iran supaya imej buruk wanita negara ini tidak ditampilkan kepada dunia,” kata Timbalan Menteri Kebudayaan, Hossien Noushabadi yang dipetik penyiar kerajaan IRIB.

“Wanita Iran adalah simbol kesucian dan luhur. Kehadiran beliau pada pesta itu kurang sesuai dan bertentangan dengan kepercayaan kami,” katanya.

Dilahirkan dalam keluarga dengan latar belakang lakon layar, Hatami meraih populariti antarabangsa berikutan peranannya dalam filem Asghar Farhadi “Satu Perpisahan” yang memenangi Anugerah Akademi 2012 bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik.

Tahun ini beliau bertindak sebagai juri di pesta filem tahunan Cannes di selatan Perancis tetapi menetap di Iran.

Menurut tafsiran undang-undang Iran yang digunakan sejak revolusi 1979, seorang perempuan tidak dibenarkan mempunyai hubungan fizikal dengan lelaki di luar lingkungan keluarganya. - AGENSI

Video Pelajar Kolej Wanita Gatal!

Jika anda menonton Video ini, saya percaya anda akan meluat dan menyampah dengan tingkah laku mereka terutamanya remaja melayu harapan negara kita.

Friday 23 May 2014

'Saya buka tali coli, bukan tak pakai coli'

Ainul Aishah, kenal ke? Ainul Aishah pernah berlakon filem Histeria, Nana Tanjung dan Otai serta drama Bong. Ainul Aishah menggamparkan dunia hiburan dengan gosip dari wartawan hiburan bahawa Ainul Aishah tak pakai bra sewaktu menghadiri majlis pelancaran drama Spa Qistina.

Dalam majlis tersebut, Ainul Aishah memakai gaun satin merah jambu paras lutut yang memang agak seksi sesuai dengan imej beliau. Gosip timbul apabila gaun tersebut menunjukkan dengan jelas sesuatu yang boleh menyebabkan orang ramai mengatakan Ainul Aishah tidak pakai bra. Apa kata Ainul Aishah kepada media tentang ini?

“Gila tak pakai bra masa keluar, Itu baju saya sendiri. Baju itu menampakkan bahu, jadi saya buka tali bra. Disebabkan itulah bra tu semakin jatuh ke bawah. Saya pula asyik tarik bra saya ke atas, tapi saya tak tahulah pula nampak macam saya tak pakai ‘bra’. Lagipun, I don’t have boobs!”

“Dalam gambar mungkin nampak macam tak pakai. Baju tu longgar. Tak sangka akan nampak macam tu pula,”
Isu Ainul Aishah seksi tak pakai bra hanyalah salah faham semata-mata. Mungkin Ainul Aishah boleh mencuba sesuatu yang dipanggil strapless bra untuk pakaian dedah bahu sebegitu ataupon backless bra untuk pakaian dedah belakang. Elak kontroversi tingkat prestasi.

(Foto) Cikgu 'hensem' berdarah mulut ditumbuk pelajar

Dua keping foto sedang tersebar di laman Facebook menyaksikan wajah seorang lelaki yang berdarah di bahagian mulut dan bajunya serta seorang pelajar sekolah sedang berdiri berdekatan dengan pintu sebuah bilik.

Lelaki berkenaan merupakan seorang guru (mengikut dari posting asal) yang dikatakan telah cedera dibahagian mulut hingga berdarah akibat ditumbuk oleh pelajarnya sendiri.
Kejadian tersebut berpunca dari tindakan guru tersebut yang menegur muridnya kerana tidak ke surau untuk bersolat.

Menurut individu yang berkongsi foto ini, kejadian berlaku di SMK Kota Kulai, Johor

Masih belum ada pengesahan dari pihak berkuasa atau sekolah mengenai kejadian ini.

Wednesday 21 May 2014

Tindakan Norman Hakim selepas tahu rumah tangga Abby Abadi goyah

PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim terkejut apabila mengetahui rumah tangga bekas isterinya iaitu Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang baru dibina sedang bergolak.

Norman berkata, sebaik sahaja mendapat tahu masalah itu dia segera menghubungi Abby untuk bertanya khabar selain mendoakan agar kedua-dua pihak menemui jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul.

"Saya sangat terkejut apabila isteri saya, Memey memberitahu dia terbaca kapsyen foto di Instagram Abby seolah-olah perkahwinan Abby sedang berhadapan dengan masalah.

"Sebagai bekas suami dan ayah kepada anak-anak Abby, sudah pasti saya mengambil berat terhadap masalahnya. Saya terus menghubunginya dan bertanya 'awak ok?'

"Dan Abby pula balas; 'Ok! Saya ada Allah...' Apabila dia hantar mesej seperti itu, saya tidak bertanya banyak perkara kerana menghormati privasinya," kata Norman yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Terdahulu pada Sabtu lalu Abby memuat naik status pada Instagram miliknya seolah-olah rumah tangga dia berhadapan dengan ujian selain memohon peminat mendoakan kebahagiaan dia dan suami.

Status tersebut membuatkan ramai yang mengandaikan hubungan Abby dan Muhammad Noor Farhan sedang bergolak.

Dalam pada itu, tambah Norman, dia juga meminta orang ramai untuk berdoa agar pasangan berkenaan dapat menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin.

"Diharap kita semua berdoa sahaja untuk kebahagiaan Abby dan Farhan. Saya pun tidak mahu masuk campur urusannya. Moga masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik," ujarnya.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, bernikah dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pemuda yang 12 tahun lebih muda daripadanya pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Sebelum itu Abby pernah berkahwin dengan Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

Norman kini suami kepada pelakon Memey Suhaiza.

Sumber

Suami Izreen Azminda nafi ceraikan isteri di lokasi penggambaran

Suami kepada pelakon jelita Izreen Azminda, Muhamad Riza Baharuddin menafikan telah melafazkan talak terhadap isteri di lokasi penggambaran pada 16 Mei lalu seperti didakwa sebuah akhbar tempatan.

Beliau yang dihubungi wartawan mstar memberitahu, tujuannya datang ke set penggambaran di Pulau Pinang ialah untuk menemukan anak mereka, Muhammad Adrian Umar, 11 bulan, kepada Izreen bagi melepaskan rindu selepas pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu.

4 Gambar: Pasangan Ini Berjimak Di Atas Puncak Jambatan!

Entah apa yang difikirkan oleh pasangan ini. Mencari suasana yang ekstrem agaknya?
Tapi begitulah perlakuan orang barat. Tiada rasa malu atau segan yang tersemat dalam hati mereka.
Selayaknya sikap ini sudah sama seperti haiwan, melempias nafsu tanpa mengira tempat dan waktu.

Wanita Jatuh Perigi Terlalu Asyik ‘Projek’ - Boyfriend Cabut Lari

Seorang lelaki kini dicari pihak polis selepas lari meninggalkan teman wanitanya yang jatuh ke dalam perigi ketika mereka sedang melakukan hubungan seks.

Lelaki itu memilih untuk melarikan diri daripada membantu Edelia Aponte, 21, apabila dia terhumban ke dalam perigi sedalam 15 kaki (4.6 meter).

Kejadian berlaku apabila Edelia tidak menyedari kayu yang digunakan untuk menutup perigi tempat dia dan lelaki tersebut melempiaskan nafsu longgar membuatkannya terjerlus.

Edelia baru sahaja mengenali lelaki tersebut pada hari kejadian di Ciudad Real, Sepanyol.
Dia bernasib baik kerana ada orang awam yang menelefon polis memaklumkan kejadian tersebut lalu dia berjaya diselamatkan.

Jurucakap bomba dan penyelamat, Leni Portillo berkata, wanita tersebut terselamat kerana dia pandai berenang dan tidak panik selepas jatuh.

Lelaki yang meninggalkan Edelia kini dicari dan akan didakwa atas kesalahan tidak membantu seseorang yang memerlukan bantuannya. -Metro UK

Sunday 18 May 2014

Punca sebenar Zizan Razak bubar syarikat Wireframe miliknya didedahkan

Punca sebenar Zizan Razak bubar syarikat Wireframe miliknya - Pelakon dan pelawak terkemuka, Zizan Razak mengambil keputusan untuk membubarkan syarikat pengurusan Wireframe miliknya selepas menandatangani kontrak lumayan dengan Astro baru-baru ini.

Bagaimanapun, berita tentang pembuburan itu masih belum muktamad memandangkan Zizan dan rakan kongsinya, Marina Juki sedang dalam proses membahagikan hak dan melantik peguam bagi meneliti segala hal berkaitan perundangan.

Tindakan itu turut menimbulkan spekulasi bahawa keputusan Zizan dikatakan diambil atas faktor hasutan teman wanitanya, Emma Maembong yang kemudian menafikan dakwaan tersebut setelah dihubungi media.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, punca pembubaran itu disebabkan perbalahan yang berlaku antara Zizan dan Marina sejak dua bulan lalu ekoran sikap Marina yang suka mengongkong berkaitan soal peribadi termasuk kisah cintanya dengan Emma.

Sikap Zizan yang tidak mahu dikongkong orang lain dikatakan menjadi penyebab dua rakan kongsi itu mahu mengambil haluan masing-masing dengan cara baik dan tidak tergesa-gesa.

Gambar wanita bogel berkeliaran di Jalan Kunak-Tawau undang tanda tanya

Gambar wanita bogel berkeliaran di Jalan Kunak-Tawau undang tanda tanya - Semalam dua keping gambar seorang wanita bertelekung yang sedang solat dan khusyuk membaca Al-Quran di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur telah menjadi viral di laman sosial.

Tindakan itu mengejutkan orang ramai sehingga ada yang tertanya-tanya kenapa wanita berkenaan tiba-tiba berbuat demikian. Bagaimanapun, ia terjawab sebaik sahaja pihak polis membuat siasatan lanjut.

Terbaru, kes yang hampir sama dilaporkan berlaku di Jalan Kunak-Tawau namun kali ini melibatkan seorang wanita yang keadaan bogel berkeliaran tengah-tengah Jalan Kunak-Tawau sekitar tengah hari tadi. Tiga keping gambarnya telah mula tersebar di laman sosial.

Punca wanita bogel itu bertindak demikian tidak diketahui dan sedang disiasat oleh pihak polis.

4 gambar REBECCA NUR ISLAM jadi tumpuan Ramai...

Sejak mendirikan rumahtangga dengan seorang duda anak dua, Nor Azam Datuk Sulaiman yang juga merupakan seorang peguam pada 14 Januari 2011, pelakon Rabecca Nur Al-Islam jarang muncul di mana-mana produksi drama dan televisyen.

Sebelum ini, Rabecca memang diakui terkenal dengan imejnya yang agak seksi apabila tampil di khalayak ramai.
Baru-baru ini, Rabecca ada memuat naik gambar terbarunya yang berpakaian agak me njolok mata dan rata-rata peminat mencemuh penampilannya yang se ksi itu.

Semoga Rabecca mengambil serba sedikit teguran peminat kepadanya itu dan lebih berhati-hati selepas ini dengan pemilihan pakaiannya agar tidak lagi menjadi mangsa cemuhan orang di luar sana.
Sumber

Friday 16 May 2014

RAMAI WANITA MELAYU KINI TELAH HILANG HARGA DIRI!

RAMAI WANITA KINI SUDAH HILANG HARGA DIRI | Saya percaya, ramai kaum wanita yang marah dengan tajuk perbincangan saya kali ini. Marahlah!! Kenyataan saya ini adalah satu hakikat. Kenapa? Sebab terlalu ramai wanita kini, tak kira remaja atau dewasa, dara atau isteri orang ataupun janda, selalu tampil dalam pakaian yang bertelanjang. Apa maksud pakaian yang bertelanjang?Saya yakin, ramai yang faham maksud saya.Ya!! Berpakaian tetapi dalam masa yang sama mendedahkan anggota badan yang tidak patut didedahkan. Jika dulu sekadar kain belah, berpakaian kain singkat setinggi paras lutut atau memakai pakaian yang berlengan pendek hingga menampakkan lengan atau ketiak. Kini, pakaian yang dikatakan mengikut fesyen terkini hampir menelanjangkan kaum wanita yang memakainya. Dah banyak kes sebegini yang saya jumpa.

Hujung minggu baru ni, saya ke sebuah pasar segar berhambiran rumah saya. Ketika beratur di kaunter bayaran, terdengar suara seorang wanita awal 20-an menyoal tentang tanda harga kepada seorang pekerja kaunter sebelah saya. Saya memandang, sekadar nak kenal pemilik suara. Terkejut dan tiba-tiba saya rasa amat malu kerana terpandangkan pakaiannya: bajunya pendek menampakkan pusat dan pinggang seluarnya berada di bahagian bawah perut.Sungguh, jika tertarik sikit sahaja pun, pasti akan menampakkan alat sulitnya. Ya Allah!! Terasa kudung kepala saya tika itu. Dalam cubaan bersahaja, lelaki yang disoal wanita tadi tiba-tiba bersuara: seluar kau dah londeh tu. Kang aku naik geram, jangan nak salahkan aku pulak!! Ya Allah!!! Saya rasa macam nak lari sahaja dari situ. Malu… malu sangat!! Tapi wanita tadi, saya dengar tergelak manja. Astaghfirullah!! Apa dah jadi? Ke mana perginya rasa malu di dalam diri?

Semalam, dalam perjalanan balik dari kerja, ketika bergerak perlahan dalam kesesakan jalan raya, melintas di hadapan kereta kami (saya dan adik-adik berkongsi kereta) sebuah motosikal yang dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan muda. Wanita muda tersebut memakai baju pendek dan seluarnya pula menampakkan belahan lubang duburnya ketika membonceng motosikal tersebut. Sungguh! Kalau dimasukkan sebatang pen, pasti akan terlekat kuat dan tak jatuh walau motosikal dipandu laju. Adik saya yang memandu kereta berusaha ingin mengejar motosikal tersebut, nak khabarkan lubang duburnya dah dilihat orang tapi, mana mungkin sebuah kereta dapat menegjar motosikal tika kesesakan sedemikian.

Itu dua kes yang terdekat. Sebelum ini pun dah banyak kali saya nampak. Cuma sejak kebelakangan ini makin banyak pula kes wanita berpakaian tetapi bertelanjang dan membuatkan saya berfikir, ke mana perginya harga diri anda sebagai wanita? Kenapa nak dedah? Cantik sangatkah punggung anda tu? Lawa sangatkah pusat anda tu? Itu belum lagi yang sesenang hati mendedahkan belakang badan, bahagian dada malah bahagian paha? Allahu akbar!! Tak ada lagikah rasa malu di dalam diri? Yang paling menyedihkan, kebanyakan yang berpakaian tetapi bertelanjang ini adalah wanita Melayu yang kebanyakannya tahu dan faham sangat dengan hukum menutup aurat? Kalau lah tak nak ikut saranan hukum syarak agar menutup aurat pun, berpeganglah dengan prinsip budaya timur yang terkenal dengan adab dan sopan!!
Kalau dah berpakaian mendedahkan alat sulit sendiri, sopan apa lagi?? Ada pulak yang berpakaian dan cantik menutup semua aurat yang wajib ditutup tetapi berpakaian ketat hingga menampakkan bentuk badan. Kalau yang kering tu, tak la ngeri sangat. Tapi ada yang berbadan besar dan gempal. Bak kata Mr Os dalam sebuah filem tika saya remaja dulu (tak ingat apa tajuknya): dia punya ‘bumper’, kalau buat kari, 10 biji kelapa pun tak cukup… dah susuk badan macam tu, masih lagi nak berpakaian mengikut bentuk badan!! Seramnyaaa!!!

Jangan salah faham…. saya bukan menghina! Apa yang saya bincangkan ini adalah satu hakikat, satu kebenaran. Saya sendiri bersusuk badan besar, bertudung labuh menutup dada tetapi jika sesekali angina bertiup hingga pakaian melekat di badan, saya dah kalut nak betulkan! Kenapa? Sebab saya malu menampakkan susuk badan saya. Kalau mempunyai susuk tubuh badan yang cantik pun, tak perlu nak tunjukkan kepada umum. Cukuplah pamerkan kecantikan tersebut kepada suami anda.

Mungkin ada yang berpandangan: alaa, ada kes perempuan pakai tudung pun kena rogol jugak!! Ya! Saya akui kebenaran tersebut. Tahukan anda, kenapa jadi begitu? Sebab sikap dan perangai wanita yang tak ada harga diri, sesuka hati mendedahkan aurat dan susuk badan mereka kepada lelaki ajnabi. Dah kalau anda dah selalu dedah dan pamerkan, manalah nak tarikh perhatian lagi sebab dah tak ada harga!! Rasa teringin yang anda mulakan di dalam naluri lelaki jahat inilah, dilampiaskan kepada wanita-wanita yang berusaha menjaga maruah dan harga diri. Sebab itulah ada kes wanita bertudung menjadi mangsa seks lelaki buas. Jika tidak ada yang mendedahkan, takkan ada keinginan berunsur kebinatangan di dalam diri lelaki!!

Tak perlulah nak dedah lagi!! Tak guna buat pameran percuma, lelaki tengok pun tak teringin nak pilih anda sebab dah pasti, terpaksa berkongsi dengan lelaki lain! Ya lah!! Lelaki lain pun boleh tengok? Apa lagi yang istimewanya?? Lantas… jika bukan anda yang menjaga harga diri anda sendiri, siapa lagi!!

Izara Aishah Bergaduh di Lokasi Penggambaran

Izara gaduh dan belasah dengan Dato' Eizlan Yusof!

Izara sedang menjalani satu babak filem "Balun" yang menyaksikan dia bergaduh dengan Eizlan.

Ini hanya merupakan satu lakonan semata-mata. Izara hebat melakon watak aksi tersebut.

Filem ini diarahkan oleh anak kepada Dato’ Aziz Singah iaitu Bob Singah.

Penggambaran filem ini dijalankan di Kamunting, Taiping, Perak Darul Ridzuan.

Lakonan Izara dan Izlan sememangnya mantap dan mendapat pujian dari ramai pihak.

Membariskan nama-nama pelakon yang sedang meningkat naik seperti Beto Kushairy, Izara Aishah, Dato’ Eizlan Yusof, Reen Rahim, Namron dan ramai lagi.

Pelakon Nad Zainal cedera parah dipukul orang [2 Foto]

Pelakon Nad Zainal cedera parah dipukul orang - Pelakon comel, Nad Zainal yang baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasihnya, Azwan Kombos mengalami kecederaan teruk di bahagian wajahnya selepas dipukul orang.

Punca individu terbabit memukul Nad Zainal tidak pula diketahui namun mungkin itulah sebahagian daripada babak yang perlu dilakonkan oleh beliau bagi menjayakan satu drama bersiri.

Agaknya apa tajuk drama bersiri terbaru lakonan aktres jelita ini? Sebenarnya, penulis suka tengok Nad berlakon sebab memang amat berbakat dan tidak kaku macam beberapa pelakon wanita baru yang lain.