Friday, 23 May 2014

(Foto) Cikgu 'hensem' berdarah mulut ditumbuk pelajar

Dua keping foto sedang tersebar di laman Facebook menyaksikan wajah seorang lelaki yang berdarah di bahagian mulut dan bajunya serta seorang pelajar sekolah sedang berdiri berdekatan dengan pintu sebuah bilik.

Lelaki berkenaan merupakan seorang guru (mengikut dari posting asal) yang dikatakan telah cedera dibahagian mulut hingga berdarah akibat ditumbuk oleh pelajarnya sendiri.
Kejadian tersebut berpunca dari tindakan guru tersebut yang menegur muridnya kerana tidak ke surau untuk bersolat.

Menurut individu yang berkongsi foto ini, kejadian berlaku di SMK Kota Kulai, Johor

Masih belum ada pengesahan dari pihak berkuasa atau sekolah mengenai kejadian ini.

Wednesday, 21 May 2014

Tindakan Norman Hakim selepas tahu rumah tangga Abby Abadi goyah

PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim terkejut apabila mengetahui rumah tangga bekas isterinya iaitu Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang baru dibina sedang bergolak.

Norman berkata, sebaik sahaja mendapat tahu masalah itu dia segera menghubungi Abby untuk bertanya khabar selain mendoakan agar kedua-dua pihak menemui jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul.

"Saya sangat terkejut apabila isteri saya, Memey memberitahu dia terbaca kapsyen foto di Instagram Abby seolah-olah perkahwinan Abby sedang berhadapan dengan masalah.

"Sebagai bekas suami dan ayah kepada anak-anak Abby, sudah pasti saya mengambil berat terhadap masalahnya. Saya terus menghubunginya dan bertanya 'awak ok?'

"Dan Abby pula balas; 'Ok! Saya ada Allah...' Apabila dia hantar mesej seperti itu, saya tidak bertanya banyak perkara kerana menghormati privasinya," kata Norman yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Terdahulu pada Sabtu lalu Abby memuat naik status pada Instagram miliknya seolah-olah rumah tangga dia berhadapan dengan ujian selain memohon peminat mendoakan kebahagiaan dia dan suami.

Status tersebut membuatkan ramai yang mengandaikan hubungan Abby dan Muhammad Noor Farhan sedang bergolak.

Dalam pada itu, tambah Norman, dia juga meminta orang ramai untuk berdoa agar pasangan berkenaan dapat menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin.

"Diharap kita semua berdoa sahaja untuk kebahagiaan Abby dan Farhan. Saya pun tidak mahu masuk campur urusannya. Moga masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik," ujarnya.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, bernikah dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pemuda yang 12 tahun lebih muda daripadanya pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Sebelum itu Abby pernah berkahwin dengan Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

Norman kini suami kepada pelakon Memey Suhaiza.

Sumber

Suami Izreen Azminda nafi ceraikan isteri di lokasi penggambaran

Suami kepada pelakon jelita Izreen Azminda, Muhamad Riza Baharuddin menafikan telah melafazkan talak terhadap isteri di lokasi penggambaran pada 16 Mei lalu seperti didakwa sebuah akhbar tempatan.

Beliau yang dihubungi wartawan mstar memberitahu, tujuannya datang ke set penggambaran di Pulau Pinang ialah untuk menemukan anak mereka, Muhammad Adrian Umar, 11 bulan, kepada Izreen bagi melepaskan rindu selepas pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu.

4 Gambar: Pasangan Ini Berjimak Di Atas Puncak Jambatan!

Entah apa yang difikirkan oleh pasangan ini. Mencari suasana yang ekstrem agaknya?
Tapi begitulah perlakuan orang barat. Tiada rasa malu atau segan yang tersemat dalam hati mereka.
Selayaknya sikap ini sudah sama seperti haiwan, melempias nafsu tanpa mengira tempat dan waktu.

Wanita Jatuh Perigi Terlalu Asyik ‘Projek’ - Boyfriend Cabut Lari

Seorang lelaki kini dicari pihak polis selepas lari meninggalkan teman wanitanya yang jatuh ke dalam perigi ketika mereka sedang melakukan hubungan seks.

Lelaki itu memilih untuk melarikan diri daripada membantu Edelia Aponte, 21, apabila dia terhumban ke dalam perigi sedalam 15 kaki (4.6 meter).

Kejadian berlaku apabila Edelia tidak menyedari kayu yang digunakan untuk menutup perigi tempat dia dan lelaki tersebut melempiaskan nafsu longgar membuatkannya terjerlus.

Edelia baru sahaja mengenali lelaki tersebut pada hari kejadian di Ciudad Real, Sepanyol.
Dia bernasib baik kerana ada orang awam yang menelefon polis memaklumkan kejadian tersebut lalu dia berjaya diselamatkan.

Jurucakap bomba dan penyelamat, Leni Portillo berkata, wanita tersebut terselamat kerana dia pandai berenang dan tidak panik selepas jatuh.

Lelaki yang meninggalkan Edelia kini dicari dan akan didakwa atas kesalahan tidak membantu seseorang yang memerlukan bantuannya. -Metro UK

Sunday, 18 May 2014

Punca sebenar Zizan Razak bubar syarikat Wireframe miliknya didedahkan

Punca sebenar Zizan Razak bubar syarikat Wireframe miliknya - Pelakon dan pelawak terkemuka, Zizan Razak mengambil keputusan untuk membubarkan syarikat pengurusan Wireframe miliknya selepas menandatangani kontrak lumayan dengan Astro baru-baru ini.

Bagaimanapun, berita tentang pembuburan itu masih belum muktamad memandangkan Zizan dan rakan kongsinya, Marina Juki sedang dalam proses membahagikan hak dan melantik peguam bagi meneliti segala hal berkaitan perundangan.

Tindakan itu turut menimbulkan spekulasi bahawa keputusan Zizan dikatakan diambil atas faktor hasutan teman wanitanya, Emma Maembong yang kemudian menafikan dakwaan tersebut setelah dihubungi media.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, punca pembubaran itu disebabkan perbalahan yang berlaku antara Zizan dan Marina sejak dua bulan lalu ekoran sikap Marina yang suka mengongkong berkaitan soal peribadi termasuk kisah cintanya dengan Emma.

Sikap Zizan yang tidak mahu dikongkong orang lain dikatakan menjadi penyebab dua rakan kongsi itu mahu mengambil haluan masing-masing dengan cara baik dan tidak tergesa-gesa.

Gambar wanita bogel berkeliaran di Jalan Kunak-Tawau undang tanda tanya

Gambar wanita bogel berkeliaran di Jalan Kunak-Tawau undang tanda tanya - Semalam dua keping gambar seorang wanita bertelekung yang sedang solat dan khusyuk membaca Al-Quran di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur telah menjadi viral di laman sosial.

Tindakan itu mengejutkan orang ramai sehingga ada yang tertanya-tanya kenapa wanita berkenaan tiba-tiba berbuat demikian. Bagaimanapun, ia terjawab sebaik sahaja pihak polis membuat siasatan lanjut.

Terbaru, kes yang hampir sama dilaporkan berlaku di Jalan Kunak-Tawau namun kali ini melibatkan seorang wanita yang keadaan bogel berkeliaran tengah-tengah Jalan Kunak-Tawau sekitar tengah hari tadi. Tiga keping gambarnya telah mula tersebar di laman sosial.

Punca wanita bogel itu bertindak demikian tidak diketahui dan sedang disiasat oleh pihak polis.